My Personal Log Book

Majlis Cukur Jambul Ameera Raisya (29 September 2012)


Alhamdulillah, Raisya dah bercukur jambul tempoh hari. Dah besar Anak Papa. Rambutnya masih lebat. Papa tak nak potong rambut Raisya...biar lebat. Semoga jadi orang berguna kelak sayang.

Kursus Advance Speedlight (oleh Adhadi Mohd)



16 September 2012 yang lepas saya berkesempatan untuk mengikuti Kursus Fotografi percuma anjuran oleh Adhadi Mohd. Banyak ilmu yang dicurahkan tentang teknik menggunakan cahaya dengan sebaik mungkin. Kalau anda berminat untuk belajar dari beliau, boleh sentiasa kunjungi web beliau www.adhadi.com 


1, 2 , 3 Klik




Hari ini Raisya berumur 32 hari. Gambar yang diambil di atas masa Raisya berumur 20 hari. Raisya dah pandai senyum sendiri..hehehe. yang paling teruja adalah dia sangat suka dengan kamera. Bila saya nak ambil gambar dia, raisya akan pandang kemera dengan kusyuk dan tak berkelip…hehehe anak papa ni memang comel.

Kurniaan Terindah



Alhamdulillah, berkat keizinan dan Kuasa Allah S.W.T, Ameera Raisya dilahirkan tepat jam 4.37 petang pada 12 Ogos 2012. Syukur kehadrat Ilahi, Ameera Raisya dan Umienya selamat dan sihat. Detik yang sangat membahagiakan bagi insan yang pertama kali bergelar ayah. Tidak terungkap dengan kata-kata akan perasaan yang sungguh indah itu.

Ameera Raisya nama yang saya sendiri memilih dan memberikan kepada puteri sulong kami. Ameera bermaksud Puteri manakala Raisya bermaksud Pemimpin Raja. Nama tersebut diberi sempena kesinambungannya dengan maksud nama saya sendiri Abdul Malek (Hamba Raja Yang Memiliki). Juga mengambil nama pangkal  saya ‘A’ dan nama pangkal isteri ‘R’ maka terlahirkan nama Ameera Raisya.

Terima Kasih Ya Allah.











No comments:

Post a Comment

anda tentu juga suka: